Sunday, 4 January 2015

new chapter

Assalamualaikum,


Lama dah tak bercara ke blog ni,sedar tak sedar dah masuk 2015..
Banyak yang berubah tahun ni tak sama macam dulu.Watak pun dah banyak berubah dan hilang.dari zaman form 3 buat blog sampai dah masuk umur 20.

Tahun ni si I dah hilang muncul pulak si N.Tahun ni kehilangan satu-satunya nenek yang paling disayangi.Lepas ni balik kampung pun dah tak ada sape2 sangat.Tak ada orang yang boleh dipanggil uwoo.semoga damai disana AL FATIHAH.

Harap tahun ni penuh dengan miracle dan semoga lebih indah dari tahun yang sebelum ni.Dalam 4 tahun aku dengan si I,tiba2 boleh hilang dan berganti dengan orang lain.Jujur aku cakap,aku rindu dengan si I,gelak dia sebab dalam 4tahun dia ada dengan aku susah dan senang.Cuma dalam tempoh beberapa bulan kami bermasalah dan semua berubah.Aku mengaku benda ni semua ada salah aku dan dia jugak.

Aku ambik tindakan cepat untuk terima orang lain,sebab ingat si I betul-betul dah tawar hati dengan aku,so mulalah chapter aku dengan si N.Dalam aku dengan si N tipulah aku tak ingat lansung dengan si I,kadang-kadang aku bersalah dengan si N sebab selalu buat perbandingan antara diaorang.Masing-masing ada kelebihan sendiri.

Sampai sekarang tak boleh nak move on,haiyaaa.Kalau perempuan boleh kahwin dua lama dah aku pilih dua-dua,k ni dah over.Emmm dah tak tahu nak luah dekat mana so akhirnya dekat sini lah dimuntahkan segala benda.Si N pun boleh dikatakan lemah lembut mana tak jatuh hati,tak akan nak tinggal si N n getback balik dengan si I,dia pun ada perasaan jugak,so ni dah jalan yang aku pilih then ikut jelah laluan ni.Kalau ada jodoh tak kemana..tup2 dua-dua pun tak jadi kahkah nampak tak kat situ riak macam ramai je yang nak dekat kau fiqah.Semoga si I dapat kebahagian yang dia nak dan selamat dimana pun dia berada.Apa-apa pun terima kasih untuk 4 tahun ni izzat nafis.Mintak maaf untuk semuanya
Reactions: